Thursday, June 19, 2008

PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN

-TERNAKAN KAMBING

“Kearah Melahirkan Penternak Moden”

21-27 Julai 2008

Tempat :

Pusat Latihan ar-Raudhah

Kampung Bunga Raya

48050 Kuang,Selangor Darul Ehsan

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Cik Faradilla : 019-239 9376
Pn. Ummi Ayu : 019-265 9082

No. Telefon Pejabat : 03-9287 6371/8408

No. Faks : 03-9287 6376

Website : http://www.arraudhahbiotech.com

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini bertujuan bagi memberi pendedahan dan pemahaman yang lebih intensif kepada penternak baru dan penternak sedia ada berkaitan asas-asas pengurusan ladang ternakan serta kaedah bioteknologi yang boleh digunakan bagi mempertingkatkan lagi kualiti ternakan.

objektif

Di akhir kursus peserta akan dapat memahami:

· Teknik pengurusan ladang yang betul.

· Kaedah bioteknologi dan baka terbaik yang boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti dan pengeluaran kambing.

· Nisbah pemakanan yang betul bagi memastikan kambing mendapat nutrien yang secukupnya.

· Rawatan terbaik bagi penyakit dan penjagaan kesihatan kambing.

· Sumber kewangan yang ada bagi mendapatkan pinjaman serta pengurusan bajet yang betul.

kumpulan sasaran

Terbuka kepada orang ramai yang berminat mengusahakan ternakan kambing serta penternak sedia ada.

tenaga pengajar

Terdiri dari pakar veterinar yang berpengalaman lebih dari 25 tahun yakni Prof. Dr. Azam Khan Bin Goriman Khan, pengarah operasi ar-Raudhah serta Prof. Madya Dr. Abd. Wahid Bin Haron, perunding tetap ar-Raudhah dan juga pakar pembiakbakaan ternakan terkemuka di Malaysia. Juga hadir bersama pakar pengurusan kewangan dari Agrobank dan MARA serta beberapa orang tenaga pengajar undangan.


Modul 1 : Ketahui Jenis Perniagaan Anda

- Asal usul dan populasi kambing

- Bagaimana menternak kambing di Asia

- Kelebihan dan kekurangan menternak kambing

- Cuaca dan iklim yang sesuai untuk menternak kambing

- Industri dan pasaran kambing di Malaysia dan luar negara

Modul 1 (a) : Bajet Untuk Mengoperasikan Ladang Ternakan Kambing

- Jenis-jenis bajet

- Rekod Kewangan

- Limitasi / Kekangan bajet

Modul 2 : Baka-baka Kambing dan Sifat-sifatnya

- Baka-baka kambing

- Apa yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan mengikut baka kambing yang dipilih

- Pemilihan kambing

- Pembiakan kambing

Modul 3 : Kandang Kambing

- Ciri-ciri kandang yang baik

- Pengurungan/ Pengasingan khas

- Rekabentuk kandang dan masalahnya

Modul 4 : Nutrisi Pemakanan Kambing dan Modul Sileage

- Keperluan Nutrisi kambing

- Sumber makanan yang ada

- Berapa banyak jumlah makanan yang perlu diberikan

- Memformulasikan makanan kambing anda sendiri

- Nutrisi yang diperlukan oleh kambing mengikut jantina,umur dan status (ibu bunting & menyusukan anak)

- Jangkitan yang timbul melalui pemakanan

Modul 5 : Penjagaan Kesihatan Kambing.

- Bagaimana mengenalpasti kambing yang sakit

- Penyakit yang berpunca daripada bakteria

- Penyakit yang berpunca daripada jangkitan virus

- Apa itu Ectoparasites dan Endoparasites?

- Masalah kaki yang sering dialami oleh kambing

- Jangkitan metabolisma

- Pengurusan luka

Modul 6 : Pembiak bakaan Kambing

i. Fakta tentang proses mengawan

ii. Prinsip pemilihan baka kambing

iii. Penyelarasan

iv. Pemanian Beradas (AI)

V. Pemindahan Embrio (ET)

Modul 7 : Kambing Betina yang Bunting dan

Anak Kambing yang Baru Lahir

- Peristiwa sebelum kambing bunting

- Fisiologi kambing betina yang bunting

- Keperluan nutrisi bagi kambing betina yang bunting

- Jangkitan dan masalah yang sering dialami oleh kambing betina yang bunting

- Fisiologi normal anak kambing

- Masalah kesihatan yang sinonim pada anak kambing (semenjak lahir hingga bercerai susu)

Modul 8 : Rancangan Perniagaan

- Bagaimana menyediakan Rancangan Perniagaan untuk mendapatkan bantuan kewangan.

- Saluran-saluran pemasaran yang boleh dieksploitasikan.

- Analisis SWOT

Serta latihan lapangan dan sesi soal jawab bersama tenaga pengajar

RM1,500.00 seorang berserta penginapan dan makan minum

Yuran penyertaan termasuk t-shirt, topi, fail, nota kursus, nota catatan, alat tulis dan sijil penyertaan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Cik Faradilla : 019-239 9376
Pn. Ummi Ayu : 019-265 9082